Jumaat, 8 Januari 2010

Game Pertama Hari Pertama.


Inilah kali pertama aku menyertai pertandingan di luar Sri Aman. Bukan tak nak ikut....rakan-rakan pun ada yang memperlawa namun keyakinan diri tu belum kuat lagi tambahan pula jadual sik cun....ada jak program ujung minggu. Undian petang jumaat menempatkan aku & dwan dalam kumpulan B bersama 6 team yang lain....iaitu Team Brunei...,Tora-Tora (Bintulu), Wen Ado Malam (bintulu)....KKB (bintulu), KessMyy (campuran bintulu&sibu)...PGA Sibu (team Baie). Pertandingan dijalankan secara Liga....Fuihhh!!!!!!! puas main wa cakap sama lu..... inilah pertama kali aku bermain secara liga.

Game pertama menemukan aku & dwan dengan KKB dari Bintulu. Aku dah kecut raso ati bila nangga team yo. Namun setelah balingan pertama menjadi.......aku mula konfiden. Alhamdulillah ......kamek duak menang 11-4. fuihhhh......semangat semakin membara untuk game kedua.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan