Ahad, 29 November 2009

Petanque Berpasukan Sempena Karnival Bank Rakyat 2009


Inilah team yang sama semasa menyertai pertandingan Terbuka Sri Aman tempohari. Team KMK.......(Keeman..Mawi...Kareem). Jauh juak perjalanan team aku, dapat masuk suku akhir. Gambar kenangan bersama dengan team FKR....(Fuad...Kham...Rosni). KMK menewaskan FRK...mun aku sik silap 3-0. Pertandingan Berpasukan menyerlahkan kebolehan aku sebagai pemain single....hee..ee. Menang semuo....hee...heeee.

Petanque Triple Terbuka Sri Aman 2009

Pertandingan Triple Terbuka Sri Aman 2009 telah diadakan di gelanggang petanque SK. Agama (MIS) Sri Aman pada bulan April lepas. Meriah Ooooo........ramai pemain yang tererr dari seluruh Sarawak datang. Rugi kalau tak join sama. Aku pun cuba jugak untuk main dengan geng aku. Tapi tak bestlah kerana satu kumpulan dengan team dari Sri Aman. Cuma pengalaman yang paling berharga bagi aku selaku pemain baru dalam game ini adalah bila bertemu dengan team SMK Santubong yang pernah beberapa kali menjuarai pertandingan ini. Meriah sungguh....... dari Miri pun ada, team grenek(Sibu) paling ramai penyertaan. Perlawanan Akhir mempertemukan Pasukan Grenek Sibu( Shah and the geng) dan team SMK Santubong. Johan akhirnya dimenangi oleh team Shahrul (grenek Sibu.....tak ingat lagi aliff, ba, tha ...kerana banyak gilak team grenek).
Malangnya aku lupa nak ambik gambar sepanjang kejohanan.......kalau rakan2 ada simpanan gambar sepanjang pertandingan tersebut boleh email pada aku.

Riak wajah suka....duka sepanjang hari pertandingan.
















Aksi-aksi sepanjang pertandingan Petanque Double Tertutup Sri Aman.











Lihatlah aksi-aksi rakan seperjuangan sepanjang pertandingan petanque Double Tertutup Sri Aman. Ada aksi kecewa selepas kalah game, aksi gembira selepas menang dan banyak lagilah untuk tatapan kita di kemudian ari. Saksikanlah.......................

D' COUPLE 6970 Vs PENJARA




Perlawanan terakhir sebelum tersingkir adalah menentang team daripada penjara yang diketuai oleh Tuan Yakof. Seronok jugak......dapat juga bawa jack. Ketenangan diri menjadi faktor kekalahan. Mungkin masih baru lagi dalam permainan ini menyebabkan aku belum ada pengalaman nak mengawal mental & emosi. Yalah bila aku dengar pihak lawan yang dah establish dan punya nama dalam bidang ni, hati dah mula goyah dan kecut sikit. So tekanan dari awal dah ada dalam mental sebelum bertanding. Itu yang menyebabkan aku dan wife aku kalah tuuu...............anyway thanks to Tuan yakof yang banyak mengajar dan memberi serba sedikit teknik permainan semasa pertandingan itu ari. Tabik tuan.......

D'COUPLE 6970 Vs SMKs




Perlawanan terakhir dalam kumpulan menyaksikan aku dan wife bertemu dengan gandingan Cikgu Franky dan Cikgu Nancy. Pertandingan dijalankan agak lewat dan cuaca dah mula gelap. Namun ianya tidak mematahkan semangat untuk terus berlawan. Akhirnya aku dan wife ku menang setelah pihak lawan nampak tidak bergitu berkeyakinan untuk memenangi game tersebut.

TEAM D'COUPLE 6970.











Ini gambar aku.....ala-ala Tiger Woods. Tapi aku cerah sikit daripada tiger tu. Dan ni gambar wife aku. Lebih cerah dari aku. namun sepanjang menyertai pertandingan petanque double tertutup sri aman ni.....kedua-duanya berwajah hampir sama macam wajah tiger woods tu. Terbakar abis.......masak muko.

Gaya dan senyuman Seorang Jaguh....



Tu dia.....gaya seorang jaguh. Penuh konfident dan tenang memerhati rakan bermain. Maklumlah dan menang game pertama....so dapatlah senyum sambil berposing abiss..... Namun aku bersimpati dengan rakan ku ini, dengar khabar beliau tak sihat selepas operate tempohari. Dan dah lama jugak tak bermain bersama. Apa-apa pun aku harap rakan kita ni bersabar aje.....dah sihat nanti kita berpetanque lagi. Semoga cepat sembuh......amin.

D'COUPLE 6970 Vs Penjara







Game ke 2 dalam kumpulan menyaksikan pertemuan dengan team Penjara....gandingan Abai & Boy. Team yang jauh berpengalaman dan mempunyai gaya permainan yang menarik dan penuh persefahaman. Namun bukan mudah nak menumpaskan D'Couple yang dah bersama selama hampir 13 tahun. Aksi melawan yang ditunjukkan membuatkan team penjara gentar. Aku rasa kakiku hampir kebas namun bila lihat wife bersemangat melawan aku pun.......teruskan jugak perjuangan walaupun akhirnya tewas akibat kurang pengalaman dan jugak kurang stamina. Namun sejarah tercipta pada pertandingan itu apabila pertemuan itu mengambil masa yang agak lama untuk tamat dan berjalan sehingga ke 14 ends. Fuhh.....tererr jak aku ngan wifeku..

D'COUPLE 6970 Vs MEDICAL







Game pertama aku dan wife ku jumpa team Medical gandingan En. Suhaimi Johan dan En. Taufek Ahmad. Mulanya resah jugak rasa hati maklumlah.....perlawanan pertama dan kali pertama berganding dengan wife aku. Alhamdulillah.....akhirnya menang dengan bergaya. Kemenangan pertama ni membuat aku dan wife aku mula yakin dengan kemampuan diri.

Pertandingan Petanque Double tertutup Sri Aman.


Sepanjang menyertai pertandingan petanque yang diadakan di Bahagian Sri Aman aku sering bermain dengan rakan-rakanku. manakala wifeku bersama dengan rakan setugas. Apabila pertandingan petanque Double diadakan. Aku pelawa wifeku untuk join sama. Percubaan pertamaku bersama wife........D'COUPLE 6970 nampak menjadi....jauh jugak perjalanan namun nasib tarak.....


  • First game lawan team daripada MEDICAL menang.

  • Second game bertemu dengan team Penjara (Abai & Boy) fuhhh....14 ends akhirnya tewas coz kurang pengalaman.

  • Perlawanan terakhir dalam kumpulan bertemu dengan team SMK (cikgu Franky & Cikgu Nancy) alhamdulillah....menang mudah dan dapat masuk suku akhir.

  • Masa suku akhir bertemu dengan team Penjara ....team Tuan Yakof.....tewas jugak. Pengalaman juga jadi penentu.

Namun......aku bersyukur kerana wife aku punya komitmen tinggi terhadap permainan ini. May be next time aku try untuk join tournament di luar Sri Aman bersama dengan wife aku.

Khamis, 26 November 2009

Cikgu Rosdi Shamsudin....


Ini wajah seorang lagi guru yang banyak membantu memperkembangkan permainan petanque di Bahagian Sri Aman. Selain daripada menjadi peserta dalam sesuatu pertandingan yang dianjurkan di peringkat bahagian Sri Aman, beliau juga bertindak sebagai salah seorang AJK yang teratas dalam pengelolaan pertandingan. Terus aktif.............

Rabu, 25 November 2009

Pengasas Petanque di Sri Aman


Inilah wajah sifu yang memperkenalkan permainan ini di kalangan guru-guru dan kakitangan pelajaran Daerah Sri Aman malah memperkembangkan lagi di peringkat jabatan-jabatan lain. Aktif di peringkat daerah, bahagian, negeri dan.......kebangsaan tak pasti lagi.

My new boules...OBUT


Ha...minat punya pasal aku habis pikir dan ambik keputusan untuk beli boules baru. Mahal pun mahallah janji ati puas.....Tq to Shahrul (grenek sibu). Oklah shah...mun aku ado duit lebih kelak aku oda agik. Tapi sayanglah sebab tak dapat ikut pertandingan Jemputan Kuching & Sarawak Open di Santubong dan anjuran SHAOW Matang tempohari.

Selasa, 24 November 2009

PERTANDINGAN PETANQUE TRIPLE TERBUKA SRI AMAN 2009




TARIKH : 19 - 20 DISEMBER 2009
TEMPAT : Gelanggang Petanque SK Agama (MIS) Sri Aman
MASA : 8.00 PAGI - 6.30 PETANG


YURAN PENYERTAAN : RM80.00

HADIAH:

JOHAN : RM 7OO.OO

NAIB JOHAN : RM5OO.OO

KETIGA : RM3OO.OO

KEEMPAT : RM1OO.OO


TARIKH TUTUP PENYERTAAN : 16 DISEMBER 2009(RABU) JAM 5.00 PETANG


Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dikembalikan kepada;


En. Mohd. Fuad Augustine Abdullah

-Pejabat Pelajaran Daerah Sri Aman (019-8650202)

En. Rosdi Shamsudin

- SMK St. Luke, Sri Aman (019-8474123)

En. Kharol Salleh b. Hj. Bujang

- SK Agama (MIS) Sri Aman.(013-5760606)

En. Yakof Rie

- Penjara Pusat Sri Aman.(019-8266832)

En. Suhaimi Johan

- Jabatan Perubatan Sri Aman.(019-8640892)


Ahad, 15 November 2009

Aksi memburu kejuaraan.....part 2











Aksi-aksi pemain petanque.....

Aksi-aksi memburu kejuaraan..part 1
















Lihatlah gayo pemain-pemain petanque amatur..........aksi terlampau..

Khamis, 12 November 2009

Aksi sepanjang Pertandingan Petanque (Triple) tertutup Sri Aman 2008





























Aksi-aksi sepanjang pertandingan petanque(triple) tertutup Sri Aman anjuran rumah MAKSAK Sri Aman tahun 2008.

Team SK Sri Aman.....




Team SK Sri Aman....penuh konfiden dan yakin diri yang tinggi. malangnya.....tewas juga akhirnya.

Wajah yang tewas di waktu hujan lebat


Lihatlah wajah sugul.....kehampaan. setelah tewas di tangan pasukan baitulmal Sri Aman. Alhamdulillah....dapat juga masuk second round. Naib johan kumpulan.Lega................

Bila dah minat......


Walaupun tengah kursus KDP 14 Minggu di IPTAR...aku tak melepaskan peluang utk ikut serta dalam pertandingan petanque (Triple) Tertutup Sri Aman anjuran rumah MAKSAK Sri Aman. Minat punya hal.....korban hujung minggu bersama keluarga utk main petanque. Nasib baik wife aku pun ikut serta tapi team lain.....

Wajah seorang Juara.


Ha.....inilah wajah juara di Sri Aman. Dua kali juara...wooo..... Juara Petanque MAKSAK 2008 dan terbaru Juara Petanque Sempena Karnival Bank Rakyat di SK Agama (MIS) 2009.

Lagi gambar kat rumah aku.







Banyak lagi gambar untuk tatapan rakan taulan dan sahabat handai serta kaban belayan. Pakey tangga anak cucu dudi ari.....

Gelagat rakan-rakan sepermainan..











Lihatlah gelagat dan aksi rakan semasa majlis panggang memanggang di rumah aku.