Rabu, 30 Disember 2009

Keputusan Petanque Triple Sri Aman Open 2009.











KMK gagal ke pusingan kalah mati.


Setelah bertindak cemerlang pada perlawanan pertama menentang PPD Kuching A kemudian menang sekali lagi menentang PSPK O namun kecemerlangan tersebut tersekat apabila bertemu dengan pasukan TRIDEPT sri aman dengan mata 13 - 4. Untuk penentuan tempat ke pusingan kalah mati KMK bertemu sekali lagi dengan pasukan PSPK O. Malangnya......KMK tewas sekaligus gagal ke pusingan kalah mati.

Petanque penyambung silaturahim pemain-pemain.
















Selain memburu kejuaraan dan mengembangkan bakat....objektif utama permainan petanque diadakan adalah untuk kita bertemu dengan rakan-rakan petanque di bahagian-bahagian lain di Sarawak dan juga Negara Brunei Darussalam. Ianya dapat mengeratkan lagi silaturahim di kalangan pemain. Lihatlah bertapa akrab dan mesranya pemain-pemain petanque apabila bertemu di dalam mahupun luar gelanggang.

Selasa, 29 Disember 2009

Gelagat dan gaya serta aksi pemain..............
















Hari pertama pertandingan menyaksikan gelagat serta gaya pemain-pemain petanque seluruh Negeri Sarawak serta pemain dari Negara Brunei Darussalam.......saksikanlah...............

Ahad, 20 Disember 2009

Aksi - aksiku di hari pertandingan....











Tengoklah aksi-aksi seorang juara dalam pembikinan..... Tapi ...bilalah nak merasa jadi juara????? Usia dah makin lanjut.... mata dah ndak ntu peresau agik. Tangan dah terkitit-kitit megang boule........esh!!!!!!!!

KMK vs PPD KCH. "A"


Team KMK memulakan cabaran dengan hati yang bercelaru. Yalah bertemu dengan team yang dah ada pengalaman di peringkat yang lebih tinggi. Soal jantina tak menjadi soal kerana pemainan petanque tidak mengira jantina macam permainan lain. Apa yang penting......kemahiran dan teknik serta kekuatan mental. Bertemu dengan team PPD Kch A ni....cukup getir. Ada kalanya tumpuanku mula goyah. Mana tidaknya point 1....1...sehingga 15 ends baru tamat. Alhamdulillah.......KMK menang dengan mata 13 - 12. Fuhhh!!!!!! lega..

KMK memulakan cabaran...........


Haa......inilah team KMK. Kalau tengok saiz badan tentu pihak lawan dah mula gentar. Tapi kito bukan bertanding bina badan. Yang sebelah kiri tu Mawi world....yang di tengah tu aku lee dan yang sebelah kanan tu kareem.... Apa macam ada gaya sik ???? Baju yo kacak....ado logo burung.

Suasana Hari Pertama Pertandingan.











Cuaca pada sebelah pagi hari pertama pertandingan cukup baik. Panas terik....... Cukup meriah dengan kehadiran peserta-peserta yang datang dari luar sri aman datang bersama keluarga. Tempat pertandingan yang cukup strategik.....dengan segala kemudahan tersedia untuk para peserta.

KMK .....terus menimba pengalaman.


Setelah mendapat undian dalam kumpulan A bersama KSPK O, PPD KUCHING A, TRIDEPT Sri Aman dan KSPK I serta KSPK D yang kebanyakan pemain daripada KSPK Kuching adalah terdiri daripada perserta SUKMA Sarawak. Aku mula rasa team aku takkan sampai kemana. Apatah lagi selepas melihat undian perlawanan pertama menentang PPD Kch A. Dengar khabar team PPD kch A ni adalah semifinalist Sarawak Open kat santubong tempohari. Makin kecut aku dibuatnya........

MALAM CABUTAN UNDI











Cabutan undi untuk pertandingan petanque Triple Terbuka Sri Aman 2009 diadakan pada sebelah malam 18 Disember 2009 bertempat di Dewan Sekolah SK. Agama (MIS) Sri Aman pada jam 8.30 malam. Alhamdulillah sebanyak 42 team yang mengambil bahagian termasuk 3 team dari Brunei Darussalam, Bintulu, Sibu, Sarikei, Sri Aman dan Kuching & peserta SUKMA Sarawak. Cuma aku terkilan kerana hajat untuk melihat sahabat2ku dari Bahagian Betong untuk menyertai kejohanan kali ini tidak kesampaian. Insyallah di lain kali akan ku usahakan juga agar sahabat2ku di sana akan dapat bersama dalam permainan ini nanti.

PERSIAPAN GELANGGANG PERTANDINGAN


Beberapa hari sebelum pertandingan Petanque Triple Terbuka Sri Aman diadakan....gotong-royong bersama AJK Pengelola diadakan pada sebelah pagi. Kemudian pada sebelah petangnya pula didirikan 2 buah khemah untuk pihak urusetia beroperasi. Aktiviti meratakan gelanggang giat dijalankan......demi menjadikan gelanggang petanque di sri aman sebagai sebuah gelanggang yang paling mencabar.

Selasa, 15 Disember 2009

Bengkel Petanque




Beberapa minggu lepas aku balik ke kampung untuk bercuti di kampung orang tuaku. Aku bawalah boule petanque bersama. Pada sebelah petangnya sempat juga aku memperkenalkan permainan ini kepada beberapa orang rakan di kampungku. Nampaknya mereka berminat.....Lihatlah aksi rakan-rakanku.

Ahad, 29 November 2009

Petanque Berpasukan Sempena Karnival Bank Rakyat 2009


Inilah team yang sama semasa menyertai pertandingan Terbuka Sri Aman tempohari. Team KMK.......(Keeman..Mawi...Kareem). Jauh juak perjalanan team aku, dapat masuk suku akhir. Gambar kenangan bersama dengan team FKR....(Fuad...Kham...Rosni). KMK menewaskan FRK...mun aku sik silap 3-0. Pertandingan Berpasukan menyerlahkan kebolehan aku sebagai pemain single....hee..ee. Menang semuo....hee...heeee.

Petanque Triple Terbuka Sri Aman 2009

Pertandingan Triple Terbuka Sri Aman 2009 telah diadakan di gelanggang petanque SK. Agama (MIS) Sri Aman pada bulan April lepas. Meriah Ooooo........ramai pemain yang tererr dari seluruh Sarawak datang. Rugi kalau tak join sama. Aku pun cuba jugak untuk main dengan geng aku. Tapi tak bestlah kerana satu kumpulan dengan team dari Sri Aman. Cuma pengalaman yang paling berharga bagi aku selaku pemain baru dalam game ini adalah bila bertemu dengan team SMK Santubong yang pernah beberapa kali menjuarai pertandingan ini. Meriah sungguh....... dari Miri pun ada, team grenek(Sibu) paling ramai penyertaan. Perlawanan Akhir mempertemukan Pasukan Grenek Sibu( Shah and the geng) dan team SMK Santubong. Johan akhirnya dimenangi oleh team Shahrul (grenek Sibu.....tak ingat lagi aliff, ba, tha ...kerana banyak gilak team grenek).
Malangnya aku lupa nak ambik gambar sepanjang kejohanan.......kalau rakan2 ada simpanan gambar sepanjang pertandingan tersebut boleh email pada aku.

Riak wajah suka....duka sepanjang hari pertandingan.
















Aksi-aksi sepanjang pertandingan Petanque Double Tertutup Sri Aman.











Lihatlah aksi-aksi rakan seperjuangan sepanjang pertandingan petanque Double Tertutup Sri Aman. Ada aksi kecewa selepas kalah game, aksi gembira selepas menang dan banyak lagilah untuk tatapan kita di kemudian ari. Saksikanlah.......................

D' COUPLE 6970 Vs PENJARA




Perlawanan terakhir sebelum tersingkir adalah menentang team daripada penjara yang diketuai oleh Tuan Yakof. Seronok jugak......dapat juga bawa jack. Ketenangan diri menjadi faktor kekalahan. Mungkin masih baru lagi dalam permainan ini menyebabkan aku belum ada pengalaman nak mengawal mental & emosi. Yalah bila aku dengar pihak lawan yang dah establish dan punya nama dalam bidang ni, hati dah mula goyah dan kecut sikit. So tekanan dari awal dah ada dalam mental sebelum bertanding. Itu yang menyebabkan aku dan wife aku kalah tuuu...............anyway thanks to Tuan yakof yang banyak mengajar dan memberi serba sedikit teknik permainan semasa pertandingan itu ari. Tabik tuan.......

D'COUPLE 6970 Vs SMKs




Perlawanan terakhir dalam kumpulan menyaksikan aku dan wife bertemu dengan gandingan Cikgu Franky dan Cikgu Nancy. Pertandingan dijalankan agak lewat dan cuaca dah mula gelap. Namun ianya tidak mematahkan semangat untuk terus berlawan. Akhirnya aku dan wife ku menang setelah pihak lawan nampak tidak bergitu berkeyakinan untuk memenangi game tersebut.

TEAM D'COUPLE 6970.











Ini gambar aku.....ala-ala Tiger Woods. Tapi aku cerah sikit daripada tiger tu. Dan ni gambar wife aku. Lebih cerah dari aku. namun sepanjang menyertai pertandingan petanque double tertutup sri aman ni.....kedua-duanya berwajah hampir sama macam wajah tiger woods tu. Terbakar abis.......masak muko.

Gaya dan senyuman Seorang Jaguh....



Tu dia.....gaya seorang jaguh. Penuh konfident dan tenang memerhati rakan bermain. Maklumlah dan menang game pertama....so dapatlah senyum sambil berposing abiss..... Namun aku bersimpati dengan rakan ku ini, dengar khabar beliau tak sihat selepas operate tempohari. Dan dah lama jugak tak bermain bersama. Apa-apa pun aku harap rakan kita ni bersabar aje.....dah sihat nanti kita berpetanque lagi. Semoga cepat sembuh......amin.

D'COUPLE 6970 Vs Penjara







Game ke 2 dalam kumpulan menyaksikan pertemuan dengan team Penjara....gandingan Abai & Boy. Team yang jauh berpengalaman dan mempunyai gaya permainan yang menarik dan penuh persefahaman. Namun bukan mudah nak menumpaskan D'Couple yang dah bersama selama hampir 13 tahun. Aksi melawan yang ditunjukkan membuatkan team penjara gentar. Aku rasa kakiku hampir kebas namun bila lihat wife bersemangat melawan aku pun.......teruskan jugak perjuangan walaupun akhirnya tewas akibat kurang pengalaman dan jugak kurang stamina. Namun sejarah tercipta pada pertandingan itu apabila pertemuan itu mengambil masa yang agak lama untuk tamat dan berjalan sehingga ke 14 ends. Fuhh.....tererr jak aku ngan wifeku..