Rabu, 30 Disember 2009

Keputusan Petanque Triple Sri Aman Open 2009.











KMK gagal ke pusingan kalah mati.


Setelah bertindak cemerlang pada perlawanan pertama menentang PPD Kuching A kemudian menang sekali lagi menentang PSPK O namun kecemerlangan tersebut tersekat apabila bertemu dengan pasukan TRIDEPT sri aman dengan mata 13 - 4. Untuk penentuan tempat ke pusingan kalah mati KMK bertemu sekali lagi dengan pasukan PSPK O. Malangnya......KMK tewas sekaligus gagal ke pusingan kalah mati.

Petanque penyambung silaturahim pemain-pemain.
















Selain memburu kejuaraan dan mengembangkan bakat....objektif utama permainan petanque diadakan adalah untuk kita bertemu dengan rakan-rakan petanque di bahagian-bahagian lain di Sarawak dan juga Negara Brunei Darussalam. Ianya dapat mengeratkan lagi silaturahim di kalangan pemain. Lihatlah bertapa akrab dan mesranya pemain-pemain petanque apabila bertemu di dalam mahupun luar gelanggang.

Selasa, 29 Disember 2009

Gelagat dan gaya serta aksi pemain..............
















Hari pertama pertandingan menyaksikan gelagat serta gaya pemain-pemain petanque seluruh Negeri Sarawak serta pemain dari Negara Brunei Darussalam.......saksikanlah...............

Ahad, 20 Disember 2009

Aksi - aksiku di hari pertandingan....











Tengoklah aksi-aksi seorang juara dalam pembikinan..... Tapi ...bilalah nak merasa jadi juara????? Usia dah makin lanjut.... mata dah ndak ntu peresau agik. Tangan dah terkitit-kitit megang boule........esh!!!!!!!!

KMK vs PPD KCH. "A"


Team KMK memulakan cabaran dengan hati yang bercelaru. Yalah bertemu dengan team yang dah ada pengalaman di peringkat yang lebih tinggi. Soal jantina tak menjadi soal kerana pemainan petanque tidak mengira jantina macam permainan lain. Apa yang penting......kemahiran dan teknik serta kekuatan mental. Bertemu dengan team PPD Kch A ni....cukup getir. Ada kalanya tumpuanku mula goyah. Mana tidaknya point 1....1...sehingga 15 ends baru tamat. Alhamdulillah.......KMK menang dengan mata 13 - 12. Fuhhh!!!!!! lega..

KMK memulakan cabaran...........


Haa......inilah team KMK. Kalau tengok saiz badan tentu pihak lawan dah mula gentar. Tapi kito bukan bertanding bina badan. Yang sebelah kiri tu Mawi world....yang di tengah tu aku lee dan yang sebelah kanan tu kareem.... Apa macam ada gaya sik ???? Baju yo kacak....ado logo burung.

Suasana Hari Pertama Pertandingan.











Cuaca pada sebelah pagi hari pertama pertandingan cukup baik. Panas terik....... Cukup meriah dengan kehadiran peserta-peserta yang datang dari luar sri aman datang bersama keluarga. Tempat pertandingan yang cukup strategik.....dengan segala kemudahan tersedia untuk para peserta.

KMK .....terus menimba pengalaman.


Setelah mendapat undian dalam kumpulan A bersama KSPK O, PPD KUCHING A, TRIDEPT Sri Aman dan KSPK I serta KSPK D yang kebanyakan pemain daripada KSPK Kuching adalah terdiri daripada perserta SUKMA Sarawak. Aku mula rasa team aku takkan sampai kemana. Apatah lagi selepas melihat undian perlawanan pertama menentang PPD Kch A. Dengar khabar team PPD kch A ni adalah semifinalist Sarawak Open kat santubong tempohari. Makin kecut aku dibuatnya........

MALAM CABUTAN UNDI











Cabutan undi untuk pertandingan petanque Triple Terbuka Sri Aman 2009 diadakan pada sebelah malam 18 Disember 2009 bertempat di Dewan Sekolah SK. Agama (MIS) Sri Aman pada jam 8.30 malam. Alhamdulillah sebanyak 42 team yang mengambil bahagian termasuk 3 team dari Brunei Darussalam, Bintulu, Sibu, Sarikei, Sri Aman dan Kuching & peserta SUKMA Sarawak. Cuma aku terkilan kerana hajat untuk melihat sahabat2ku dari Bahagian Betong untuk menyertai kejohanan kali ini tidak kesampaian. Insyallah di lain kali akan ku usahakan juga agar sahabat2ku di sana akan dapat bersama dalam permainan ini nanti.

PERSIAPAN GELANGGANG PERTANDINGAN


Beberapa hari sebelum pertandingan Petanque Triple Terbuka Sri Aman diadakan....gotong-royong bersama AJK Pengelola diadakan pada sebelah pagi. Kemudian pada sebelah petangnya pula didirikan 2 buah khemah untuk pihak urusetia beroperasi. Aktiviti meratakan gelanggang giat dijalankan......demi menjadikan gelanggang petanque di sri aman sebagai sebuah gelanggang yang paling mencabar.

Selasa, 15 Disember 2009

Bengkel Petanque




Beberapa minggu lepas aku balik ke kampung untuk bercuti di kampung orang tuaku. Aku bawalah boule petanque bersama. Pada sebelah petangnya sempat juga aku memperkenalkan permainan ini kepada beberapa orang rakan di kampungku. Nampaknya mereka berminat.....Lihatlah aksi rakan-rakanku.