Ahad, 8 November 2009

Sejarah awal penglibatanku......

Bagaimana aku mula terlibat dalam game ni........Game ni mula diperkenalkan oleh beberapa orang rakan di Sri Aman. Pengasas di peringkat kakitangan pendidikan seperti Cikgu Mohd. Fuad Augustine & Cikgu Rusdi. Haa....ni nama orang yang boleh dikategorikan pengasas game ni di Sri Aman. Dia orang penuh dengan pengalaman dan selalu ikut game di luar Sri Aman.
Dipendekkan cerita......ramailah geng-geng mula menunjukkan minat. Kalau tak silap ramai juga yang terlibat kalau tak silap hampir 20 orang. Sanggup berkorban harta ataupun tenaga....gotong-royong buat padang petanque di SK.Agama (MIS). Guru Besar.....sporting woo..... Di situlah mulanya latihan kami. Untuk permulaan Boule pula disediakan oleh cikgu Mohd Fuad dan cikgu Rusdi.. masa tu belum kenalpun boule dan peraturan main.
Terima kasih teman kerana mengajarku erti main petanque......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan